Kepentingan Dakwah Fardiyah
Sesuatu hal atau perkara itu tidak akan didokongi mahupun diamalkan melainkan apabila seseorang itu memahami tuntutan dan keperluannya. Seolah-olah, selagi mana dia belum bersedia untuk ‘mahu’ melakukannya, maka dia tidak akan menjadi jiwa atau jasad yang bersedia untuk menanggungnya, bahkan mungkin hanya menjadi pemerhati, pendamping, mahupun penyokong.
Kita lihat contoh yang lebih mudah dalam kehidupan seharian kita. Amat sukar bukan untuk kita mempelajari sesuatu yang kita tidak punya rasa mahu dan cinta untuk pelajarinya? Meskipun melihat kepentingan subjek tersebut kepada pencapaian kecemerlangan akademik kita, tanpa kefahaman mengapa perlu pelajari dan kemahuan untuk mempelajari, maka di akhir sesi peperiksaan, subjek akan tinggal subjek.
Begitu pula sepertinya dakwah ini. Seseorang yang belum ‘bersedia’ untuk mendokong dakwah ini tidak bisa beramal dengan kefahaman yang diberinya selagi mana dia tidak sedar dan faham mengapa dia perlu melakukan demikian. Dalam muqaddimah Dakwah Fardiah oleh al-Ustaz Mustapha Masyhur, beliau menyebut tentang keadaan ummat Islam hari ini. Mereka ialah orang yang lena dan tidur sedang di sebelah mereka ada api yang marak membakar. Kewajipan kita ialah membangkitkan mereka dari lena dan tidur, bukannya memperingatkan mereka tentang bahaya api yang membakar.
Seseorang itu tidak akan mampu atau sanggup untuk memikul taklif dari para naqib atau murabbi, ataupun taklif program, apabila dia tidak mengerti dan faham mengapa dia harus berbuat demikian. Seandainya dia mengerti bahawa taklif tersebut adalah atas kemampuan dirinya dan kebolehan dirinya, juga untuk memantap dan mentarbiyah dirinya untuk tetap teguh dan tsabat maka sudah pasti kita akan melihat satu pencapaian yang cemerlang dalam amalnya. Bahkan pengorbanan yang dia akan lakukan adalah yang terbaik dia mampu berikan lebih dari ekspektasi atau jangkaan taklifnya itu.
Sekiranya dia juga memahami halangan-halangan yang mampu membantutkan proses dirinya untuk melonjak potensi diri, maka kita akan melihat dia meninggalkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan tarbiyyahnya terbantut. Namun, orang yang masih samar-samar, bermain di tepi-tepian, masih bercampur antara al-Haq dan al-Batil, maka dia masih berada dalam bahaya, kerana seandainya dia memahami tuntutan di jalan ini, tentu tarikan fana` tidak mampu untuk menggoda dirinya.
Begitulah salah satu fungsi penting Dakwah Fardiah, untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada ummat manusia, para mad’u mengapa mereka ini diciptakan Allah, kemudian dihantar ke bumi? Juga mengingatkan mereka akan kemuliaan yang telah Allah kurniakan bagi setiap hamba, cucu dan cicit nabi Adam a.s. Apabila para mad’u yang kita mu’ayasyah dan didik secara terus memahami tanggungjawab dan kepentingan dakwah itu ke atas mereka, baharulah mereka akan bersedia untuk mendokong dakwah dan risalah ini.
Sepertimana yang disebut oleh al-Ustaz Mustapha Masyhur, jemaah yang tidak mementingkan persediaan kader-kader dan jundinya memperjudikan nasib badan tersebut untuk melebarkan dakwah dan risalah ke pelusuk bumi Allah. Lihatlah pada marhalah [merujuk kepada ketika Islam berada pada fasa sebelum hijrah] Makkah, ketika mana para sahabat masih belum dibenarkan berperang, dan disaran oleh Allah untuk sabar dan tetap sabar.
Bahkan, ia ialah satu persediaan ke arah pembentukan individu yang mantap dan bersedia untuk mendokong dakwah ini. Para sahabat dan nabi SAW sendiri mendapat tarbiyah secara terus dari murabbinya untuk membentuk jiwa yang kental dan teguh, iman yang mantap dan mapan, akhlak islamiyyah yang indah, dan jasmani yang tegap dan tersedia. Maka, apabila Islam itu telah dikurniakan Allah marhalah Madinah dan telah ia punya daulahnya sendiri, para sahabat bersedia menjadi pendokongnya. Merujuk kembali kepada tulisan al-Ustaz Mustapha Masyhur bahawa Daulah Islamiyyah itu dimulai dari asasnya, bawah ke atas, dan bukan atas ke bawah. Kerana, seandainya di atas, sebuah daulah terbentuk, sedang para pendokongnya ialah orang yang lemah dan tidak bersedia, maka saksikanlah saat kehancurannya. Peristiwa ini bukan tidak pernah terjadi, ia pernah tercatat dalam sejarah.
Peri penting persediaan para dai’e ini juga menuntut mereka memahami dengan jitu fikrah yang mereka selami. Para dai’e dituntut untuk meyakini fikrah mereka, bahawa di sebalik kepayahan dan kesukaran untuk menyebarkan risalah Allah SWT ini, mereka perlu tetap teguh dan utuh. Syed Qutb rah. dan As-Syahid Imam Hassan al-Banna juga menekankan peri pentingnya untuk para ikhwah meyakini fikrah yang mereka bawa kerana tanpa kefahaman yang jitu, para ikhwah akan mudah goyah dan lemah. Juga ia menjadi satu kekuatan pula kepada dai’e tersebut untuk menjadi qudwah kepada mutarabbinya, yakni apabila dai’e meyakini fikrahnya, tentulah kehidupan yang dia hidupkan berasas kepada fikrah yang dia yakini dan tidakkah indah apabila fikrah itu berasal dari manhaj nabi SAW?
Para dai’e yang faham dan yakin akan fikrahnya, tentu sahaja memahami bahawa hakikat iman dan syahadah yang dia persaksikan tidak akan terbukti melainkan dia diuji, maka dengan ujian tersebut para dai’e bukanlah semakin lemah dan tersisih dari jalan dakwah, bahkan dia menjadi semakin teguh dan utuh. Bahawa kuatnya dia untuk mendepani dan mengharungi ujian tersebut menjadikan dia lebih rapat dengan Allah SWT dan diganjarkan dengan tawaran iman yang berganda. Berbanggalah dengan fikrah yang kita miliki, kerana tidak ada suatu apa fikrah pun yang boleh memenangkan bagi kita jannah dan redha Allah, melainkan fikrah yang diasas bertelunjukkan al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam memberi kefahaman, kesedaran, dan membangkitkan iman para mutarabbi atau mad’u, tidak lain tidak, melainkan para dai’e lah yang terdahulu menterjemahkan kehidupannya berasaskan fikrah yang dia yakini. Bahawasanya dakwah ini bukan sekadar butiran kata-kata dari mulut, tetapi ialah suatu terjemahan dalam kehidupan. Suksesnya dakwah para dai’e bergantung kepada hubungan para dai’e dengan Allah dan keyakinan para dai’e kepada fikrahnya. Dan fikrahnya itu diterjemah dalam kata-kata, akhlak, dan kehidupannya.
Tidak boleh juga dinafikan bahawa keberjayaan mad’u disedarkan dari lena mereka juga bergantung kepada komitmen para ikhwah kepada Dakwah Fardiah dan tarbiyyahnya. Orang yang memandang remeh kemampuan Dakwah Fardiah di akhirnya akan melihat usahanya menjadi sia-sia kerana mad’unya tidak melekat, apalagi kalau bermalas-malasan.
Apalagi apabila fikrah yang diterjemah itu meresap ke dalam setiap perkara yang terlihat mahu tidak sebagai ibadah. Boleh jadi aktiviti jaulah itu sama sahaja seperti orang lain, namun bezanya para dai’e ialah mereka jelas bahawa jaulah itu niatnya untuk Allah, dan ianya menjadi satu ibadah, di mana setiap sela masa yang ada ialah untuk memperingatkan para kader dakwah dan mutarabbi bahawa alam ini ialah milik Allah dan kebesaran yang terlihat itu ialah tanda-tanda kekuasaannya ke atas alam mahupun ke atas manusia.
Begitu juga tatkala bermain, akhlak islamiyyah menjadi satu esensi dan asasi dalam memastikan Islam itu suatu praktik dalam kehidupan. Batas auratnya, bicara katanya, tidak lari dari menjadi tamsil kebaikan akhlak Islamiyyah yang mulia.
Maka akan terlihat dan terzahirlah Nur Islam yang hakiki itu sehinggakan mampu menambat mana-mana hati tanpa ragu dengan keindahannya. Sedang tiga perkara yang dituntut dari para dai’e dalam melaksanakan Dakwah Fardiah ini jugalah menjadi titik tolak keberjayaan dakwah fardiahnya; sabar, sanggup menanggung tindak balas mad’u, dan mengharap balasan daripada Allah semata.

Marhalah Ketujuh
Bismillahi walhamdulillah,
Dakwah fardiah merupakan satu esensi kepada setiap al-akh dan al-ukht yang menjadi penggerak atau pendukung kepada fikrah dan manhaj dakwah dan tarbiyah. Kebanyakan orang akan mengakuinya sebagai ‘core business’ dalam menjalankan dakwah serta melaksanakan tarbiyah. Tulisan al-Ustaz Mustapha Masyhur ini menjadi satu panduan bagi setiap pemegang panji risalah untuk menarik lebih ramai jiwa-jiwa yang sedang lena dan enak tidur kembali kepada Allah, kemudian menjadi penyongsong kafilah risalah dan turut sama bekerja dalam memperbaiki ummat.
Dalam saya mengulangkaji semula silibus DF untuk dibentangkan, ada pada satu bahagian yang menarik minat saya kerana pentingnya kandungan tersebut yang mungkin ramai terlepas pandang garis panduan yang diberikan. Mungkin kerana sebelum ini saya tidak dibentangkan sehabis-habisnya atas maslahat yang lebih utama, maka saya tidak mencerna bahagian tersebut. Itulah dia pada marhalah ketujuh, memilih jemaah.
Al-Ustaz Mustapha Masyhur memberikan beberapa ciri yang menjadi garis panduan dalam para pendukung dakwah perlu teliti untuk menggabungkan dirinya (intima`) dan memberikan kesetiaannya (wala`) kepada jemaah tersebut. Dan ciri-ciri ini jelas serta tiada kesamaran padanya, andai ciri-ciri ini termungkiri, maka menyertai jemaah tersebut ialah berbahaya.

Yang pertama dari ciri-ciri tersebut ialah ‘manhaj’, dan manhaj yang wajib diikuti ialah manhaj nabi SAW. Dan manhaj yang paling hampir dengan Rasulullah ialah manhaj Ikhwanul Muslimin. Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna telah membentuk sebuah rangka marhalah berdasarkan sirah dan teladan dari sirah nabi SAW dan Islam yakni Tujuh Maratib Amal. Bagaimana nabi SAW membina individu (para sahabat) di Makkah, melengkapkan mereka dengan kesabaran, memperkemaskan mereka dengan keimanan yang jitu, menyediakan mereka dengan pengorbanan yang tinggi, menjulang tinggi jiwa dan semangat mereka untuk menggapai redha Allah, sehinggalah mereka ini orang yang paling bangga dengan aqidah yang mereka miliki dan sanggup melepaskan apa sahaja demi mempertahankan aqidah mereka.
Kemudian dari marhalah (marhalah bukan merujuk kepada tempat atau jarak, tetapi tangga atau tahap) individu Muslim, Islam beranjak membentuk keluarga Muslim, kemudian masyarakat Muslim, sehinggalah hijrah mereka membentuk sebuah Daulah Islamiyyah. Daripada itu menyusul pula khilafah dan undang-undang Islam, terlihatlah bagaimana Islam itu adil dan saksamanya berkembang sehingga selepas kewafatan baginda nabi, Islam ini terus berkembang sehingga mencapai ustaziyatul alam, menjadi telunjuk, pimpinan, qudwah, kepada alam.

Memahami manhaj ini, kita perlu menyedari hakikat bahawa para pendukungnya boleh khianat, akan mati, boleh terbunuh dan dibunuh, boleh lemah, namun manhaj itu tetap kekal. Dan perjuangan Islam menentang sistem jahiliyah ialah perjuangan manhaj. Untuk mencerna lebih dalam, Karl Marx mati sebelum ‘idea’ komunisme-nya tercapai dan dijulang tinggi, begitu jugalah kapitalisme, paling tragik ialah penubuhan negara haram Israel, tetap tercapai meskipun Theodore Herzl telah mati dikuburkan. Dan kerana memahami manhaj inilah, Islam ketika kewafatan nabi tidak menguncup malah semakin berkembang merebak ke seluruh pelusuk tanah yang mampu dicapai bak angin taufan yang menderu gah dan pantas.
Al-Ustaz Mustapha Masyhur menambah pula ciri-ciri yang menyebabkan satu-satu jemaah tersebut tertolak dari penggabungan dalam konteks manhaj ini. Seandainya jemaah tersebut memberikan keutamaan kepada persoalan kesatuan dan hubungan, dan penggunaan kekuatan tanpa menitikberatkan keutamaan tarbiyah dan persediaan, maka jemaah tersebut memperjudikan nasib dan masa depannya serta membahayakan amal islami. Beliau amat menekankan fungsi tarbiyah dalam satu-satu jemaah tersebut, seolah-olah ia adalah nadi kepada jemaah tersebut, kerana tarbiyah yang membentuk para pendukung risalah, dan tarbiyah yang memastikan para pendukung risalah ini tetap kuat, utuh, mantap, teguh, dan sabar di atas segala mehnah dan tribulasi, kemudian mampu menyokong jemaahnya. Dan pembinaan bermula dari asas, bukannya dari puncak atas.
Jemaah tersebut juga mestilah syumul, mengambil Islam secara menyeluruh; aqidah, ibadah, akhlak, perundangan, pemerintahan, jihad, dan seluruh aspek kehidupan. Ia tidak boleh menitikberatkan beberapa aspek dan meninggalkan aspek yang lain.
Jemaah yang disertai perlulah mempunyai kekuatan di peringkat antarabangsa, kerana jemaah yang mempunyai kemampuan tersebut menjadi faktor kepada pembinaan kumpulan yang mantap untuk Daulah Islamiyyah.
Jemaah itu mestilah berpengalaman dan terbukti mampu menghadapi mehnah dan tribulasi. Ia mampu mendatangkan hasil dengan segera, pandai menggunakan masa dan tenaga sebaik mungkin, kefahaman dan tindak-tanduk jauh dari kecuaian dan keterlaluan, penyelewengan, mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.
Jemaah tersebut juga mestilah jemaah yang tersusun rapi dan bersatu padu serta berjalan mengikut perancangan yang rapi.
Jemaah yang paling layak ialah jemaah yang mempunyai ciri-ciri di atas, maka pembentukan jemaah baharu adalah satu kesalahan dan merbahaya. Tidak boleh mengangkat bendera baharu atau membantu jemaah yang baharu setahun jagung pengalamannya. KECUALI apabila dia mendapati jemaah tersebut pada keseluruhannya terdapat kefasikan atau kesesatan.
Saya merasakan garis panduan yang diberikan oleh al-Ustaz Mustapha Masyhur ini amat berguna dalam upaya kita memilih jemaah yang kita ingin intima` bersamanya. Tulisan beliau amat jelas dan terang, dan semoga apa sahaja hujah yang ada pada kita semoga ia tetap menepati syara` dan mengikut garis pandu ini. Dalam ciri-ciri yang tersenarai ini, manhaj merupakan hal yang paling penting dalam memastikan jemaah tersebut berada pada landasan yang betul atau tidak. Kerana seandainya manhaj tersebut menyeleweng dari manhaj nabi, maka tentulah ia telah salah. Kita percaya dan beriman bahawa manhaj yang digunakan oleh nabi SAW ini mampu diapplikasi di mana sahaja kita berada, maka beralasan untuk tidak menggunakannya boleh menyebabkan kita terseleweng dari manhaj baginda.
Refleksi Manhaj
Seruan yang kita panggilkan dan serukan kepada manusia bukanlah seperti satu lolongan dan jeritan yang tidak punya roh dan perasaan, yang dijerit-jerit pada lorong yang kosong. Bahkan seruan kita ialah seruan yang meriah dengan roh, mesra dan penuh kasih sayang. Seruan kita ialah seruan yang mahu menyelamatkan orang-orang yang sedang terjun ke dalam api memamah diri, kita mahukan mereka selamat seperti mana kita selamat.
Lebih daripada itu, seruan kita ialah seruan yang membumi, seruan kita berpijak di atas bumi yang nyata, bukan angan-angan mahupun cakap kosong. Kita menyeru atas sunnah seruan mereka-mereka yang terlebih dahulu menyeru manusia ke jalan-Nya. Menyaksikan bagaimana Islam kian memuncak atas seruan-seruan yang mereka hidupkan, bukan semata kepada mereka yang di luar, tetapi juga kepada diri mereka. Maka ia menjadi satu seruan yang berasaskan kepada suatu petunjuk, suatu panduan, dan suatu pimpinan, menjadilah ia manhaj yang kita teladani. Dan manhaj ini ialah suatu jalan yang nyata dan membumi, tidak terawang-awangan pada seruan dan kata semata-mata.
Seruan inilah dakwah yang kita mahu sampaikan kepada masyarakat, Muslim khususnya. Seruan yang sepertimana dibuat oleh baginda nabi SAW dan para sahabat yang terdahulu, para tabi’in, para tabi’ tabi’in, dan kesemua mereka dalam tiga kurun Islam pertama (rujuk hadith Kurun Terbaik). Dakwah dan tarbiyyah yang mengikut sunnah baginda nabi, menjadi asas kepada kebangkitan ummah yang tidak lain memerlukan kita semua, terutamanya para pendokong risalah untuk islah individu, mengikut marhalah dakwah sehingga mencapai Ustaziyatul Alam.
Menurut janji baginda SAW, bahawa Dunia ini akan kembali semula kepada pangkuan Islam, mengikut manhaj Rasul SAW, bukanlah suatu realiti andai kita bermain-main. Dan kita perlu berusaha, sehinggalah tercapainya janji baginda nabi SAW, meskipun tatkala Islam kembali mentadbir dunia, kita sudah mesra diulit tanah-tanah, kembali kepada fitrah kejadian kita, hanya merasa di alam barzakh. Sedang Konstantinopel yang dijanji pembukaannya oleh baginda nabi SAW itu tidaklah ia tercapai dengan termangu-mangu sahaja, bahkan usaha demi usaha dibuat, sehingga ia merentas pemerintahan tiga dinasti khilafah, sehinggalah Sultan Muhammad II membukanya, 800 tahun daripada hadith tersebut diungkap.
Usahlah kita berasa lemah kerana berita-berita yang sampai mencaci dan menghina serta merendahkan Islam, kerana ujian demi ujian ini telah dirasakan bukan sekadar oleh nabi SAW, bahkan oleh para anbiya` dan mursalin sebelum baginda, bagi menunjukkan bahawa ia suatu ketentuan daripada Allah SWT;

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. [QS:6:112]
Apa yang lebih penting ialah kita tidak bermain dengan permainan musuh-musuh Allah, kita tidak perlu mengikut arus yang mereka kawalkan. Walhal kita telah punya warisan yang tidak pernah sekali-kali meninggalkan dan menyesatkan kita, al-Quran dan as-Sunnah, maka itulah pegangan yang sekali-kali tidak akan menyesatkan kita, bahkan akan membawa kita terus mampir kepada Allah (rujuk hadith Dua Hal yang diwariskan oleh Nabi).
Dalam daya mengembalikan Islam kepada puncaknya, tidak boleh ada pada jiwa kita para penyongsong risalah kenabian, dakwah dan tarbiyyah akan sifat isti’jal. Tergesa-gesa dan terburu-buru mahu melihat hasil daripada dakwah yang kita serukan. Ia, samada boleh mencacat-celakan gerak dakwah dan organisasinya, atau ia boleh mengundang petaka yang tidak terlihat dari hasil pemikiran yang tidak mapan. Namun, dalam ketika tertentu, peluang-peluang yang ada perlu dimanfaatkan untuk melihat celah-celah yang bisa dakwah dan tarbiyah itu sampai. Maka, dalam ketika ini, perlu kepada kebijaksanaan dan kematangan, kerana itu perlu padanya Hikmah para syuyukh dan Semangat para syabab. Begitulah pula applikasi istisyarah dan isti`zan perlu digunakan oleh para pendukung dakwah demi memastikan amal jamai’e itu terjaga haknya.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. [QS:61:4]
Kita perlu maklumi bahawa berperang tanpa strategi itu ialah berperang dalam kebodohan. Melihat kembali kepada manhaj yang digunakan oleh nabi SAW ialah suatu strategi yang tersusun dan penuh hikmah. Lihatlah ketika mana perang khandak berlangsung, bagaimana nabi dan para sahabat bersyura, dan memohon istisyarah sesama mereka. Ketika itu Salman al-Farisi mencadangkan agar parit dibina mengelilingi Madinah. Begitu pula semasa peperangan berlangsung, para munafik tidak memohon keizinan daripada baginda nabi SAW lalu beransur pergi meninggalkan medan peperangan, lalu dicela Allah;
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS:24:62]
Di dalam ayat di atas, Allah telah memerli dan menempelak orang Munafik bahawa orang yang benar-benar beriman hanyalah mereka yang meminta izin untuk meninggalkan medan peperangan, bukan orang yang semberono meninggalkan tanpa izin dan sebab. Betapa Allah SWT menekankan kepentingan izin kepada amir.
Manhaj ini juga mengajarkan bahawasanya dalam menggabungkan diri bersama gerabak dakwah, kita tidak dijanjikan dengan kemewahan dan populariti, apalagi pangkat dan nama, bahkan para pendokong risalahlah yang akan mengeluarkan dan membaktikan hartanya untuk memastikan kesinambungan dan kelancaran gerak kerja dakwah. Maka, para penyongsong risalah tidak boleh membiarkan kemahuan kita pada kehendak duniawi bercampur baur dengan perjuangan menegakkan risalah. Kadang-kadang, betapa kita mengkehendaki sesuatu sehinggakan kita bisa jadi celaru apa keputusan yang perlu kita ambil, sampai suatu tahap ada yang akan bertindak meninggalkan gerabak dakwah ini melihatkan dia tiada mendapat apa-apa manfaat dan dia tidak mampu untuk mendapat apa yang dia inginkan.
Memang, kerja ini bukan suatu hal yang menjanjikan kepada pendokongnya akan kemewahan, kekayaan, kenamaan, keuntungan, mengikut faham manusia yang terhad dan cetek, tetapi ia memberikan ganjaran yang kekal, tiada sesiapa yang mampu mengganjarnya melainkan Allah SWT. Pernah suatu ketika tanah Arab dilanda kemarau, dan Abdur Rahman bin Auf, sang jutawan Muslim membawa pulang berpuluh ekor unta sarat dengan beras pada tunggangannya. Ketika mahu dibeli orang dia bertanya, “Berapakah yang bisa kau tawarkan?” maka jawab si pembeli, “aku boleh membeli dengan harga dua kali ganda”, maka berkata Abdur Rahman bin Auf, “itu tidak cukup bagiku, aku mahukan sepuluh kali ganda nilai beras ini”, maka tercenganglah para pembeli. Siapakah yang mampu membalas sepuluh kali ganda kalau bukan Allah? Maka diberinya beras-beras tersebut untuk manfaat semua orang, sedang dia pulang dengan kekayaan yang berlipat kali ganda.
Dan akhirnya, sebelum tinta ini berhenti ditulis. Dalam memilih gerabak dakwah yang ingin kita gabungkan diri ke dalamnya, lihatlah pada manhajnya. Adakah manhajnya jelas, atau ia sekadar lolongan suara dan idea tanpa berpijak pada bumi amal? Sedang dakwah dan tarbiyah hanya jelas apabila manhajnya jelas. Adakah manhajnya mengikut manhaj nabi SAW dan apakah manhaj yang paling hampir dengan manhaj nabi SAW? Sedang itu merupakan sunnah-Nya dan sunnah nabi SAW. Apa manhaj yang kita pilih untuk gabungkan diri ke dalamnya inilah yang akan menentu pembentukan syakhsiah dan hala tuju kita. Namun, ia bukan suatu hal semata-mata yang menentukan perkara tersebut, ia juga bergantung kepada betapa teguhnya keyakinan kita kepada manhaj dan fikrah yang kita bawa (sedang kita perlu yakin dengan fikrah kita, Syed Qutb rah.), begitu pula dengan dzatiyyah kita untuk menghidupkan amal tarbawi menurut manhaj tersebut.
Lumpuh Menongkah Dunia
Ilmu yang telah kita pelajari dan ditunjuki dengannya tetapi tidak membawa hati, anggota dan jiwa kita kepada beramal dengannya hanya akan membuatkan ilmu tadi menjadi tepu, amal menjadi karat, dan sia-sia. Salah satu daripada hal yang kita mahu lihat daripada kesan menenggelamkan diri dalam tarbiyyah ialah berlakunya perubahan, dan tarbiyyah itu memimpin seseorang kepada bersuluk, serta beramal dengan Islam yang syumul tadi.
Seorang akh mengungkapkan hal di atas dengan analogi ringkas ini, keadaan malang yang menimpa kita ini ialah seumpama sebuah bekas yang air di dalamnya penuh, tetapi tersekat, tertakung sahaja, tidak mengalir, sehinggalah ia busuk dan berbau. Hakikatnya, kita sendiri menjadi sia-sia kerana banyaknya ilmu tetapi sedikitnya beramal.
Dan tiadalah sama pula orang yang tahu dan orang yang faham, kerana orang yang tahu belum tentu dia mahu beramal dengan apa yang dia tahu kerana dia tidak memahami tuntutan apa yang diketahuinya itu ke atas dirinya. Kita ambil contoh mudah, seorang yang telah diberitahu dan diterangkan tentang hukum perhubungan di antara lain jantina sebelum kahwin, sudah pasti tidak akan memutuskan perhubungan yang dia ada ketika itu kerana dia tidak memahami tuntutan hal tersebut ke atasnya. Seandainya dia memahami dalam mencelup diri dengan sibghah Allah dengan mengikuti tarbiyah, dia wajib meninggalkan hal-hal jahiliyyah, bahawasanya dengan bergelumang dalam perkara ikhtilat boleh membantutkan perkembangan tarbiyyah kendirinya, maka ia akan terlihat, meskipun secara beransur-ansur.
Beramal dengan ilmu hasil pentarbiyyahan tidak sekadar menggerakkan motor luaran yang nescaya kita akan melihat diri-diri dan jiwa-jiwa kita berada dalam program, umum mahupun khusus, tetapi juga menggerakkan kincir-kincir dalaman yang kekadang berkarat dan memerlukan pelincir yang lebih untuk melajukannya. Iya, kita bercakap tentang tarbiyyah dzatiyyah, bagaimana ia mampu menggerakkan ruh dan spiritual individu untuk melangkau lebih jauh, tidak untuk orang lain melainkan diri sendiri. Bahkan ia tidak semestinya dalam bentuk Islami, tetapi juga skil-skil yang memerlukan pengalaman dan kemahiran yang tinggi.
Hal-hal yang sedemikian merupakan satu esensi yang sangat-sangat kritikal dalam membentuk kendiri dan kapabiliti seorang akh. Hal ini ialah seperti memandu, memasak untuk kuantiti yang besar, pemetaan, skil komunikasi, multimedia, dan lain-lain. Meskipun ia bukan tarbiyyah islamiyyah, tetapi ia mampu membantu dan memacu usaha dakwah dan tarbiyyah dalam tempoh masa yang panjang, bahkan ketiadaan skil-skil ini boleh membantutkan kerja dakwah dan tarbiyyah di sesuatu tempat.
Berkemungkinan pula, apabila kita mengharapkan orang lain yang empunya skil-skil tersebut, hendaklah pula kita ingat, mengharapkan manusia seorang, dia punya kudrat yang terhad, samada apabila tiba masanya dia akan pulang ke tempat asalnya dan ilmu serta skilnya kekal tidak diwarisi, atau dia tidak akan mampu untuk menyelesaikannya. Apalah guna ada ramai orang yang bekerja tetapi skil-skil yang esensi ini hanya milik orang tertentu sahaja?! Dia akan pergi dan skil tersebut hanya dia yang akan kuasai dan mahir akannya. Takkan sudah terhantuk baru hendak terngadah?
Namun begitu, dalam pelbagai perkara ada keutamaannya, ada penting di atas penting, ada urusan di atas urusan. Dalam konteks kita mencelup dengan celupan Allah sebagai seorang pelajar, kita berada di antara ijazah dan risalah. Tentunya kita memahami tuntutan kedua-duanya dan di mana keutamaannya daripada kedua-dua hal tersebut. Dalam masa kita meyakini bahawa jalan risalah ini ialah jalan yang terbaik dan paling utama ke atas kita, kita tidak boleh sekali-kali lupa bahawa kita sedang memikul amanah daripada rakyat untuk belajar, dan kita belajar dengan duit mereka. Apalagi dalam musim kita hampir kepada peperiksaan, lagilah ia membuatkan kita tertanya-tanya di mana letaknya pendirian kita di antara dua jalan.
Seorang akh pernah membawakan satu analogi yang cukup menarik. Sebuah bekas dan beberapa biji bola yang pelbagai bentuk dan saiz, bagaimana kita mengisinya? Kita mengisinya dengan bola-bola yang besar dahulu, kemudian, kita penuhi dengan bola-bola yang kecil. Begitulah keutamaan kita, boleh jadi bola yang besar itu ialah tanggungjawab tarbiyyah dan dakwah, boleh jadi yang besar itu ialah pelajaran, tugasan, dan peperiksaan. Jangan samakan situasi ini dengan meletakkan kerjaya sebagai Muslim-Sepenuh-Masa ke tepi, seolah-olah kita tinggalkan kerjaya dakwah dan tanggungan tarbiyyah untuk fokus kepada studi.
Walhal ianya ialah hal yang berbeda sekali, kerana kita bercakap tentang keutamaan. Dan orang yang tahu dan faham, mengerti tuntutan yang perlu dia penuhi kapan masanya tiba, sekalipun dia tidak meletakkan keutamaan yang besar pada kerjaya dakwah dan tanggungan tarbiyyah, kehidupan dia sendiri sebenarnya berorientasikan hal-hal tersebut. Orang yang memilih untuk mengikut tarbiyyah, kehidupan sehariannya tidak seperti robot atau rutin manusia biasa, sela masanya, dan waktu lapang serta sempitnya terisi dengan kedua-dua hal tadi, samada secara sedar atau tidak, secara rutin atau kebiasaan, kerana Islam telah hidup bersamanya, dan dia hidup bersama Islam.
Sesungguhnya, apa yang tertulis ini tiadalah ia melainkan satu peringatan dan ketukan buat diri saya sendiri, sebelum saya ujarkan pada dunia amnya. Mari sedari diri kita, andai benar kita mahu mencelup diri dalam sibghah Allah, maka tidak perlu ditegakkan benang yang basah untuk mencipta alasan demi membenarkan perlakuan kita menurut hawa nafsu dan sudut pandang kita sebagai manusia lemah. Kalau anda mengerti dan memahami, apa-apa janji manis sekalipun tidak mampu untuk menandingi janji manis Allah dan amaran keras-Nya.

Suka-Duka Daulah Uthmaniyyah
Jatuh bangun, suka duka merupakan lumrah dunia yang telah dicipta Allah, begitu pula akan isi-isinya tidak lepas dari sunnah yang telah ditetapkan Allah SWT. Dalam perkembangan Daulah Uthmaniyyah mengorak kepimpinan dan teraju dunia Islam ia tidak terlepas dari tersadung kerana kelemahan dan kealpaan, dan naik kerana kefahaman yang jitu akan deen Islam. Namun, dalam ketentuan itu juga, taqdir Allah menetapkan pembukaan Kota Konstantinopel dalam salasilah Uthmaniyyah ini.
Ourkhan I
Beliau menggantikan ayahnya Uthman setelah mangkat pada 726 Hijriyyah 1326 M, seorang yang gagah perkasa dan terdidik baik semasa zaman ayahanda dan nenendanya. Beliau juga pernah memimpin peperangan yang besar semasa zaman mereka.
Memindahkan pusat khilafah dari Iskisyhar ke Brossa. Seterusnya melantik adiknya, ‘Ala`uddin (baca: ‘Ala `uddin: agama tertinggi) menjadi Perdana Menteri. Di sinilah bermulanya sejarah perlantikan ‘Perdana Menteri’ yang disebut dengan ‘Sadr ‘Azam’. Baginda turut merekrut tentera yang lebih teratur yang terkenal dengan panggilan ‘Inkisyariah’.
Menakluk Kota Izmid (Nicomidia), Nikia (kota kedua terbesar selepas Constantinople) , seluruh Pantai Marmora, dan Galipoli (yang dipimpin oleh anaknya, Sulaiman)
Mangkat kerana terlampau sedih dengan pemergian anaknya yang jatuh dari kuda ketika berburu (761 Hijriyyah 1359 M).
Murad I
Adik kepada Sulaiman, menggantikan takhta Ourkhan I. Seorang yang hebat seperti ayah dan datuknya juga.
Menakluk Ankara sejurus selepas menaiki takhta, Adrianople (763 Hijriyyah) tanpa banyak penentangan, dan Philopopolis.
Kota Philopopolis merupakan satu kota aset yang menjadi kunci kepada jaringan kerajaan-kerajaan Byzantium dan Serbia. Kaisar Byzantium terpaksa mengakui Daulah Uthmaniah kerana tidak lagi mampu mengelaknya. Daulah Uthmaniyyah menjadi lima kali ganda lebih besar dengan penaklukan kota tersebut.
Memindahkan Kota Khalifah ke Adrianople kerana memahami peri pentingnya kota tersebut dari aspek politik, mahupun peperangan.
Kerajaan-kerajaan Balkan di Eropah Timur (Hungary, Serbia, Bosnia, dan Montenegro) enggan tunduk kepada Daulah Uthmaniyyah dan melakukan penentangan pada kesempatan yang mereka dapati.
Perkembangan pesat Daulah Uthmaniyyah mengundang cemas di antara kerajaan-kerajaan Kristian Balkan, sehingga memohon bantuan Paus Urbanus V untuk menjadi orang tengah di antara mereka dengan raja-raja Eropah Barat untuk membendung kepesatan Daulah Uthmaniyyah.
Paus Urbanus V memberi perhatian serius kepada seruan tersebut, lantas mengirim surat kepada raja-raja Eropah Barat untuk bersiap-siap berjihad menentang ‘kafir’ yang merbahaya itu lantas memelihara keagungan Nasrani.
Walaubagaimanapun, Qurok V, Raja Serbia tidak mampu bersabar menanti bantuan yang ditunggu, maka dia bermesyuarat dengan Raja Bosnia dan Falakh, dengan disokong beberapa ribu pahlawan bangsa Maghyar untuk menyerang Adrianople. Tentera Islam bangsa Turki yang mendengar khabar tersebut menyambut tentangan mereka di Pantai Laut Maritza. Mereka menyerang sekutu Serbia itu secara tiba-tiba, lantas mengucar-ngacirkan barisan tentera bersekutu itu, dengan perasaan takut, mereka meninggalkan medan perang. Paus Urbanus merasa dukacita atas kekalahan tersebut, dan Sultan Murad I memasukkan Pergunungan Balkan dalam Wilayah Daulah Uthmaniyyah.
Kaisar Constantinople tidak kurang gelabahnya melihat kegahan Daulah Uthmaniyya ketika itu. Dia sanggup menghinakan dirinya dengan pergi ke Rom untuk mengadap Paus, mencium tangan dan lutut, serta hujung jubah Paus kemudian mengerjakan sembahyang terhadap Paus mengikut ajaran mazhab Katolik demi mendapatkan bantuan daripada Paus meskipun ketika itu pertelingkahan mazhab Ortodoks anutan di Byzantium dan mazhab Katolik di anutan di Rom. Dia pulang dengan kekecewaan, bahkan dimarahi rakyat kerana merendahkan diri kepada Paus, begitu pula dimarahi Turki.
Murad I membuka lagi wilayah Islam ketika itu dengan meluaskan perluasan kuasanya ke Eropah Timur. Dibukalah Samakov, Sofia, Monatsir, Nice Serys, dan Salonika, manakala raja-raja Serbia dan Bulgaria membayar jizyah kepada Daulah Uthmaniyyah. Baginda Sultan turut menundukkan Raja-Raja Asia Kecil yang merupakan bekas pecahan dari kerajaan Saljuk.
Tentera Azhab yang baharu dibentuk pula daripada Raja-Raja Lazar dari Serbia, dan Sisman, raja Bulgaria untuk memerangi Turki. Mereka kemudiannya dibantu oleh Raja-Raja Bosnia, Falakh Albania, Herzegovina, tentera utusan Raja Maghyar dan Poland. Dengan jumlah yang besar itu mereka yakin bahawa mereka akan menang dalam peperangan kali ini.
Ketika itu Sultan Murad I telahpun tua, namun beliau masih gagah dan berani, turun ke medan peperangan memimpin pertempuran yang hebat itu dan Allah memenangkan tentera Islam pimpinan baginda.
Ketika baginda bersama tentera yang lain melihat dan memeriksa medan peperangan, seorang tentera bangsa Serbia menikam Sultan Murad I di bahagian rusuk baginda dengan sebilah pisau pendek, sehingga baginda rebah dan mati ketika itu juga (791 Hijriyyah 1389 M).
Bayazid
Menggantikan takhta ayahnya selepas kemangkatan baginda. Seorang yang gagah dan digelar ‘Yaldrum’ yang bererti kilat kerana kepantasannya menyerang negeri lawan.
Baginda meneruskan perluasan wilayah Daulah Uthmaniyyah dengan mengiktiraf Prince Stephen (Putera Lazar) sebagai Raja Serbia yang bebas mengamalkan agama mereka sendiri, dengan syarat membayar jizyah kepada Daulah Uthmaniyyah, dan memberikan bantuan ketenteraan ketika perang dengan jumlah tertentu. Prince Stephen menerima syarat-syarat tersebut dan mematuhinya dengan setia.
Baginda membuka benteng Philadelphia yang merupakan sisa terakhir dari kota-kota Rom di Asia Kecil (1391), Eiden, Sarukhan, dan Muntasha. Baginda menggabungkan Kerajaan Qurman ke dalam Daulah Uthmaniyyah pada 1392. Membuka Samsun, Kisariyah, Siwas, Tukat dan Kastamoni (1393-1394). Dengan itu, sisa-sisa pecahan bani Saljuk kembali bernaung di bawah Daulah Islamiyyah sekali lagi.
Pemerintah-pemerintah Eiden, Sarukhan, dan Muntasha melarikan diri ke Kastamoni, sebelum melarikan diri sekali lagi bersama-sama pemerintah-pemerintah Samsun, Kisariyah, Siwas, Tukat dan Kastamoni ke Timurlane.
Dengan naiknya Bayazid dan bertambah luasnya Daulah Uthmaniyyah, kerajaan Kristian Eropah terdesak untuk bersatu. 1395, Raja Sigmund dari Maghyar (Hungary) bersungguh-sungguh meminta Paus menggunakan pengaruhnya untuk membangkitkan semangat seluruh Kerajaan Eropah supaya bangkit dan bersatu menentang Bayazid.
Paus Bonifacius memberi perhatian yang besar kepada seruan Raja Sigmund dan menyeru Raja-Raja dan rakyat Eropah untuk melakukan perang salib sekali lagi dengan Daulah Uthmaniyyah. Beliau juga menawarkan Ampunan Besar kepada yang mengikuti peperangan tersebut.
Seluruh Eropah mula bangkit, berbondong-bondong ahli perang, tentera-tentera, para ridder dan orang ternama dari Perancis, Inggeris, Scotland, Jerman, Vlaanderen, Lombardi, Savoy, Genua, Transalvania, Moldavia, Bosnia, Rhodes dan Falakh datang berkumpul di Hungary. Venetia dan pulau-pulau sekitar Itali menyediakan armada laut yang besar pula.
Mereka merancang untuk melakukan serangan serentak dari laut dan darat, dan menghapuskan sekonyong-konyongnya kerajaan Islam itu dan kemudian ke Baitul Maqdis untuk merebut kembali tanah suci tersebut, kemudian menakluk Syam dan Asia.
Bayazid sang Yaldrum tidak sedikitpun gentar dengan ancaman tersebut. Mereka bertemua dan bertempur di Nikopoli dengan sangat dahsyat dan hebat. Peperangan tersebut dimenangi oleh Bayazid. Tentera salib menjadi huru-hara dan kucar-kacir sehingga banyak orang-orang besarnya tertawan (Zulhijjah 789 Hijriyyah September 1396 M).
Baginda kembali ke Adrianople dan meninggalkan beberapa bahagian tenteranya mengepung Constantinople.
Baru sahaja selesai peperangan, Timurlane pula ingin menjarah Asia kecil. Menggunakan alasan Daulah Uthmaniyyah tidak mahu menyerahkan Ahmad Jalayar yang merupakan pemerintah Iraq, maka Timurlane membuat serangan besar-besaran ke atas wilayah Daulah Uthmaniyyah. Ada di antara pemerintah-pemerintah yang berlindung dengan Daulah Uthmaniyyah, dan ada pula yang segera berlindung dengan Timurlane kerana mahu mendapatkan kembali negeri mereka.
Berita peperangan ini tersebar luas sehingga ke Eropah Timur dan turut didengari oleh Kaisar Byzantium, lantas bergembiralah tentera kuffar itu sambil berkirim surat tanda syukur dan gembira bagi Timurlane.
Bayazid dan Timurlane, kedua-dua mereka sangat keras dan kejam. Daripada berbalasan surat yang keras, sehinggalah membawa kepada peperangan. Akalnya menjadi kurang seimbang dengan kewarasan lantas dia lupa imbangan kekuatan dengan hanya membawa 120 000 tentera menentang 800 000 tentera Timurlane.
Selain faktor jumlah, beberapa faktor lain turut menyumbang kepada kekalahan Bayazid, peperangan tersebut berlangsung di musim panas, dan tentera Bayazid yang berbangsa Tartar menyebelahi Timurlane apabila melihat raja mereka bersama Timurlane. Bayazid, dan puteranya Musa dan Artugrul tertawan (804 Hijriyyah, 1402 M).
Dengan tertawannya Bayazid, baginda dikurung dalam keranda besi dan diangkutlah akan dia ke mana sahaja sehingga meninggal pada 1403 Masihi.
Kerajaan Uthmaniyyah menjadi kucar-kacir apabila Bayazid mangkat. Negeri-negeri yang terlepas dari pemerintahannya dibangunkan semula oleh Timurlane dan diserahkan kembali kepada pemerintah-pemerintah yang memihak kepadanya.
Anak-anaknya sendiri tidak mampu untuk menyatukan khilafah yang berpecah kerana masing-masing ingin berdikari. Musa yang tetap berada dalam tawanan sehingga Bayazid mati. Mustafa mati dalam peperangan, maka tinggallah Sulaiman, Isa dan Muhammad.
Masing-masing membawa diri ke tempat yang berbeza-beza, Sulaiman ke Adrianople, Isa ke Brossa, and Muhammad ke Amasia, masing-masing mengangkat diri menjadi sultan dan khalifah. Situasi bertambah rumit apabila Timurlane membebaskan Musa.
Setelah setahun menjarah Asia Kecil, Timurlane bersama tenteranya yang besar, pulang ke Samarkand membawa harta rampasan yang amat banyak dan meninggalkan negeri-negeri tersebut punah-ranah, hancur, tinggal runtuhan puing-puing sahaja.
Kerajaan-kerajaan Kristian barat tidak tertahanlah akan gembiranya mereka melihat Daulah Uthmaniyyah yang telah bobok dan bobrok lantas dikirimnya surat tanda gembira bukan kepalang kepada Timurlane, serta yakinlah mereka bahawa mereka bebas hendaknya daripada marabahaya Turki selamanya.
Muhammad I
Dia juga disebut dengan mana Muhammad Jalby, putera Bayazid paling kecil. Raja-raja Eropah menyangka bahawa nasib baginda akan seperti pemerintah-pemerintah Asia kecil yang lain dan tidak akan bangkit lagi.
Namun, Muhammad I merupakan seorang yang penyabar dan bijaksana serta tabah hati. Dia menyusun strategi yang baik untuk membangunkan kembali Daulah yang telah jatuh. Satu demi satu kekanda-kekandanya dapat dikalahkan, sehingga 10 tahun berperangan sesama saudara.
Baginda kemudian berdamai dengan Kaisar Byzantium, dan dikembalikan beberapa wilayah Byzantium di pantai Laut Hitam. Kemudian berdamai pula dengan Repbulik Venesia setelah hancur armada lautnya di Galipoli. Setelah situasi di Eropah Timur kembali mereda, baginda mengalih pandangannya untuk menyelesaikan Asia Kecil pula.
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya ialah Mustafa yang diberitakan mati dalam peperangan menuntut haknya untuk menjadi raja kerana dialah putera Bayazid yang sulung. Muhammad I kemudian memerangi lelaki ini di Salonika sehingga dia lari berlindung dengan Kaisar Byzantium.
Sebelum mangkat pada 824 Hijriyyah 1421 M, baginda berjaya menyusun kembali Daulah Uthmaniyyah dan menakluk kembali beberapa negeri yang telah terlepas. Maka tercengang-cenganglah kerajaan-kerajaan Eropah akan pemulihan yang amat cepat tersebut.
Murad II
Menggantikan takhta ayahnya pada usia 18 tahun dan meneruskan siasah ayahnya berdamai dengan kerajaan-kerajaan Eropah Timur, dimulai dengan Prince Qarman untuk tidak berperang selama lima tahun, dan kemudian hal yang sama dengan Raja Hungary.
Kerana usianya yang muda dan dia menggunakan siasah perdamaian, maka diperbudakkanlah akan dia oleh raja-raja Eropah bahawa dia hanya seorang remaja dan tidak perlu disegani.
Maka pernahlah satu ketika Kaisar Byzantium, Manuel menjemput dua orang adik Sultan Murad II ini ke istananya di Constantinople, konon-konon mahu diajarkan adat istiadat kebangsawanan. Cerah akalnya Sultan Murad yang muda ini tersenyumlah menolak tawaran tersebut seraya berkata haram bagi seorang Muslim menerima didikan dari orang Nasrani.
Melihat penolakan itu, maka tercabarlah Kaisar Manuel itu dan dibebaskanlah dia akan Mustafa putera sulung Bayazid itu dan disuruhnya memberontak dengan diberi bantuan bersyarat; yakni seandainya dia menang, negeri-negeri dari wilayah Byzantium itu diserah kembali kepada Kaisar. Namun, ketika hendak menyeberangi Dardanella ke Asia, tertipulah dia akan muslihat Murad II yang muda, lantas dibunuh.
Melihat kemenangan tersebut, Kaisar menghantar utusan mengucap tahniah, namun tidak diacuh oleh baginda sultan, malah dihantarnya pula 20 000 orang tentera mengepung Constantinople. Namun, tidak lama apabila ada pemberontakan dia Asia Kecil yang turut disertai oleh adik kandungnya, Mustafa atas hasutan Kaisar Byzantium, namun dapat dikalahkan jua.
Kaisar Manuel mangkat setahun kemudian dan diganti dengan Johanes Paliolog, namun tidak secerdik ayahnya. Apabila menaiki takhta, diadakan perjanjian antara baginda dengan Sultan Murad II dengan ianya ditulis oleh Sultan Murad II sendiri. Maka bayarlah Byzantium akan Jizyah kepada Daulah Uthmaniyyah dan kota-kota sekelilingnya diserahkan kepada Turki, begitu juga Salonika.
Baginda menakluk Albania, dengan Selatan dikuasai oleh Daulah Uthmaniyyah dan di bahagian Utara membayar jizyah kepada Daulah tersebut oleh Jean Castriota penduduk asal Albania. Dia turut menyerahkan empat orang anaknya yang kecil-kecil untuk berkhidmat di dalam Istana dan dididik. Selepas itu Falakh pula, dan Oswald Dracula berjanji membayar jizyah.
Eropah kembali terancam dengan kemaraan Daulah Uthmaniyyah, cemas dan bimbang. Raja Sigmund sekali lagi meniup semangat perang salib ke Eropah, mengajak Prince Qarman untuk bersama menyerang Daulah Uthmaniyyah. Setelah selesai, putera-putera di Falakh dan Serbia pula memberontak, namun dapat ditundukkan oleh Sultan Murad II, Raja Sigmund pula terpaksa menanggung akibatnya apabila Hungary diserang dan 70 000 orang penduduk dijadikan tawanan perang dan dihalau ke Turki.
Beberapa siri peperangan dan pemberontakan selepas itu turut dimenangi baginda. Namun, seperti fitrah roda, kapan di atas, akan ke bawah semula, kekalahan demi kekalahan pula menimpa Daulah Uthmaniyyah.
Kekalahan dua kali berturut-turut menentang Jean Hunyade dari Maghyar di Hermanstade dan Vassag membuatkan raja-raja Eropah terangsang untuk melancarkan perang salib yang baharu. Paus Eugene VI turut berminat untuk mengusir dan memusnahkan Daulah Uthmaniyyah sehingga tentera-tenteranya sendiri dihantar di bawah pimpinan Kardinal Julian Cesarini. Untuk menampung perbelanjaan peperangan tersebut, beliau menghantar utusan-utusan ke seluruh Eropah untuk menjual sijil pengampunan (indulgences) yang amat laku.
Tentera Salib dibentuk lagi selepas diperkenan raja-raja Eropah dengan disertai hungary, Poland, Perancis, Venetia, Jerman, Genua, Falakh, Bosnia, dan Serbia. Angkatan tersebut dikepalai oleh Hunyade dari Hungary, Ladeslase Raja Hungary, dan Kardinal Cesarini, wakil Paus Eugene VI.
Ketika tentera salib menyerang wilayah Daulah Uthmaniyyah, Sultan Murad II ketika itu sedang membersihkan pemberontakan pemerintah Oarman di Asia Kecil, maka segeralah tentera Salib bergerak mengepung Selat Dardanella dengan maksud untuk menghalang Sultan dari pulang untuk memimpin peperangan.
Namun, baginda sultan dapatlah menyeberang selat tersebut sebelum ketibaan armada laut sekutu salib.
Di Nice terjadi pertempuran di antara tentera Islam dan Kristian, dan sekali lagi, baginda telah dikalahkan oleh Hunyade. Dia berjaya merampas Sophia dan kemudian mengalahkan tentera Islam lagi di Yelevaz, sehinggakan disangka bahawa Hunyade itu akan terus memimpin ribut pertempuran salibiyyah sehingga menjilat bersih Bani Uthmaniyyah. Tetapi Allah merencanakan bantuan-Nya di mana Hunyade berhenti di pertengahan jalan seolah-olah ada satu kekuatan yang menanti mereka di hadapan, lalu berundurlah para salibiyyin.
Sultan Murad II, selepas pengunduran tersebut tiadalah lagi mengejar mereka itu, kerana dihitungnya bahawa tenteranya akan lelah benar-benar dengan kekalahan yang berturut-turut itu, maka dianjurlah akan dia perdamaian yang disambut baik Hunyade. Dalam perjanjian tersebut, baginda menyerahkan Serbia, seluruh kota-kota dan bentengnya kepada George Brankowitsh dan memulangkan Falakh kepada Dracula, serta tidak berperang di antara mereka selama 10 tahun lamanya. Demi menguatkan perjanjian itu, pada 848 Hijriyyah 1444 M, diadakan perjanjian suci dengan Raja Ladeslase bersumpah dengan kitab Injil dan sultan Murad II dengan mengangkat al-Quran.
Jelaslah kepada baginda Sultan akan banyak kerugian yang menimpanya, namun dihadapinya dengan tabah. Namun, kematian putera sulungnya, ‘Ala`uddin menjadikan hatinya luluh kepada dunia dan timbul perasaan zuhud yang mendalam amat, serta benci kepada kebesaran dan keduniaan.
Maka dia pun meninggalkan kerajaan untuk pergi ber‘uzlah di Maghnisia dan kerajaannya diserahkan kepada Muhammad II, puteranya yang kedua ketika itu berumur 14 tahun. Selain seorang pemimpin yang bijaksana dan gagah berani, beliau juga dikenali sebagai ahli tasawuf dan filsafat yang mendalam.
Namun, baru sahaja khalwatnya hendak dimulakan, bencana lain yang menggugah kerana ketika itu Kardinal Cesarini melihat peluang yang baik baginya dan sekutu-sekutunya untuk mengusir Turki dari Eropah.
Kardinal setelah mendapat perkenan Paus tiadalah berlengah lagi melainkan dia memanjangkannya kepada Raja Ladeslase, namun raja tersebut merasa berat mengenangkan perjanjian suci di antara dirinya dengan Murad II yang telah dipatri dengan Injil dengan al-Quran. Maka Kardinal Cesarini sambil membuat isyarat salib di dadanya bersumpah dengan nama Triniti bahawasanya ‘melanggar perjanjian dengan ‘Orang Kafir’ Islam tidaklah berdosa, bahkan ia perbuatan terpuji ‘Tuhan Ayah, Tuhan Anak dan Ruh Kudus’ kerana perbuatan itu ialah demi kepentingan Tuhan.
Raja Ladeslase merasa amat berat kerana melanggari janji adalah sangat hina sebagai seorang Ridder. Namun setelah Paus berkirim surat menawarkan baginda pengiktirafan sebagai Raja Bulgaria, bergelojaklah nafsu dunianya bersetuju.
Kemudian, bergabunglah Raja Serbia dalam pakatan khianat itu, disusuli pula oleh Kaisar Constantinople bagi mengukuhkan lagi barisan tentera ahzab itu bagi membersih Eropah dari kewujudan DaulahUthmaniyyah.
Berita tersebut semakin tersebar luas, sehinggakan Kerajaan Inggeris, Perancis, Bourgondia, Milan, Florensia, Venetia, dan Genua turut bergabung dalam pakatan tersebut.
Rancana yang tersusun mengarahkan armada laut Paus, Venetia dan Genua untuk mengepung Selat Dardanella dahulu dengan penuh kerahsiaan, bagi menghalang Sultan untuk menyeberang ke Eropah dengan dibantu oleh Kaisar Constantinople. Prince Qarman di Asia Kecil pula akan melakukan serangan dari sebelahnya serentak apabila tentera salib bersekutu dari Eropah memulakan serangannya.
Ketika itu berlaku gempa bumi besar di Hungary seolah-olah tidak memberi perkenan membawa nama Agama dan nabi Isa untuk memungkiri janji suci tersebut. Rakyat menjadi takut dan merasakan bahawa ada bahaya yang menanti.
Maka bergeraklah tentera salib bersekutu melalui lembah-lembah Bulgaria dan dalam perjalanan mereka, merompak, menjarah, merampas dan membunuh. Bukan sahaja ruah orang Islam dibakar malah gereja-gereja Rom dan Bulgaria turut dirompak isinya. Orang Islam dijadikan tawanan dan dicampak daripada puncak bukit. Ada yang diregangkan tangan dan kakinya, ada pula yang diinjak-injak oleh kuda.
Berita marabahaya itu sampai sudah kepada kaum Muslimin di Adrianople dan Sultan Muhammad II tentulah tidak berdaya menghadapi kemaraan tentera Salib itu, maka dijemput panggil semula Sultan Murad II dari ‘uzlahnya. Terus sahajalah Sultan Murad II menanggalkan jubah sufinya dan menyisip pedang di pinggang dan dengan pantas kembali ke Adrianople.
Di sini jelas bedanya di antara Sultan Murad II dengan kesufiannya daripada ahli sufi yang lain. Baginda tidak meninggalkan pentadbiran kaum Muslimin terkontang-kanting sahaja, bahkan lagi segera meninggalkan ‘uzlahnya untuk menegakkan Islam kembali.
Sekembalinya baginda ke Adrianople, diutus seseorang untuk bertemu dengan ketua armada laut Genua sambil membawa satu tawaran. Maka bersetujulah akan dia dengan penuh semangatnya untuk membantu menyeberangkan 40 000 orang tentera Turki dengan kapal-kapal armada laut Genua. Armada laut salib yang lain hanya mampu melihat dan ketua armada laut Genua pula mendapat 40 000 dinar emas.
Peperangan yang ngeri dan dahsyat berlangsung pada hari kedua selepas tiba di Warne. Sultan mengikat ‘Surat Perjanjian Damai’ yang dibuat di Szoegeddin dengan menjunjung al-Quran dan Injil, namun tidak dihiraukan oleh tentera salib. Bahkan, mereka semakin menghambat sehingga memberikan asakan yang kuat kepada kaum Muslimin.
Tentera Islam bersama sultan Murad II hampirlah berundur kerana asakan tersebut. Baginda berasa sayu, hampa dan hampir lemah semangatnya, namun dibalas melodi emosinya itu dengan sorakan dan gesaan ‘Jangan berundur!’, sedarlah baginda.
Ketika itu Raja Ladeslase sudah hampir dengan baginda untuk menetak kepala Murad II namun sempat dimatikan dengan menusuk tombaknya yang panjang sehingga tembus ke punggung, lantas jatuh ke kaki kuda sultan Murad II. Seorang tentera Inkisyariah segera turun dari kudanya dan memancung kepala Ladeslase dan ditancapkan tombaknya ke kepala raja itu seraya dijulang-julang sambil memekik; “Hai segala kafir! Inilah kepada rajamu!”
Seruan tersebut disambut oleh tentera Islam dengan pekikan takbir; “Allahu akbar!” maka kecutlah perut tentera-tentera salib melihatkan kepala raja mereka yang tertancap pada tombak tersebut, dan patahlah semangat mereka. Kesempatan ini diambil oleh tentera Islam untuk mengasak musuh, maka bersimpang-siurlah berlarian tentera-tentera salib itu. Kardinal Cesarini dibunuh kerana sifat kecutnya dan mulutnya yang lebih dari tindak-tanduknya.
Kaisar Constantinople sendiripun berasa gusarlah baginda, lantas diutus seseorang untuk dibuat perjanjian damai yang baharu. Sultan Murad II menerima perjanjian tersebut dan memberikan perlindungan kepada Kaisar .
Baginda meninggalkan pula hasratnya untuk menyambung ‘uzlah apabila anaknya Muhammad II itu masih belum mampu untuk membina tsiqah ke atas dirinya. Untuk mengambil semula takhta itu, dibuatnya muslihat kerana anaknya Sultan Muhammad II itu bukan mudah untuk dikendalikan. Maka sekembalinya Muhammad II dari berburu, dilihatnya ayahanda sultan telah berada di singgahsana dan tentera Inkisyariah telah dapat dijinakkan, fahamlah dia dan diterimalah akan kenyataan itu.
Muhammad II kemudian ditugaskan menjadi gabenor di Maghnesia.
Baginda Sultan Murad II menundukkan kembali Duke Florensa, Neiro Acciaveli dan semuanya tunduk kembali di bawah Daulah Uthmaniyyah 850 Hijriyyah 1446 M. George Castriota, anak angkatnya dari Albania Utara yang telah memeluk Islam dengan nama Iskandar Bey kemudian murtad kembali dengan memakan gelaran ‘Tentera al-Masih, Prince Albania dan Epirus’.
Hunyade yang lari semasa pertempuran di Warne diangkat menjadi Gabenor Negara Hungary, dan putera Ladeslase naik takhta dengan memakai nama yang sama.
Setelah melihatkan sultan tidak mampu menundukkan George Castriota selama 18 bulan, Hunyade mengambil kesempatan untuk menyerang sultan secara besar-besaran. Namun, sultan tidak berlengah, lantas ditinggalkan Albania untuk memerangi Hunyade.
Hunyade menolak tawaran perdamaian oleh Sultan Murad II, maka bertempurlah mereka dengan dahsyatnya di Lembah Kousuh tiga hari tiga malam sehingga membawa kemenangan di pihak Daulah Uthmaniyyah.
Baginda pulang ke Adrianople setelah pergi ke Albania untuk menundukkan George Castriota yang tetap tidak mahu beralah, dan dilangsungkan perkahwinan Gabenor Muhammad II dengan Puteri Sulaiman Bey di Zil Qadr.
Sultan Murad II mangkat pada 3 Muharram 855 Hijriyyah, 5 Februari 1451 M.
Muhammad II
Baginda menaiki takhtanya semula pada umur 22 tahun pada tarikh 16 Muharram 855 Hijriyyah 18 Februari 1451 M.
Bani Uthmaniyyah merasakan bahawa kekuasaan wilayah mereka di Eropah Timur dan Asia Kecil tidak akan kukuh melainkan tertawannya Constantinople.
Melalui sultan-sultan yang terdahulu, dapatlah ditundukkan Eropah Timur sehinggakan Kerajaan Byzantium terkepung oleh Daulah Uthmaniyyah, membuatkan mereka terasa dengan penuh yakin bahawa Daulah Uthmaniyyah itu tidak bisa lagi ditentang dengan mata pedang di medan perang, bahkan jatuh bangunnya Empayar Byzantium ketika itu hanyalah bergantung kepada belas Daulah Uthmaniyyah.
Tiada lain yang membuatkan mereka mampu berdiri melainkan helah yang telah berkali-kali dibuat demi memastikan kerajaan tersebut masih berdiri.
Demi merealisasikan hadith baginda nabi, dan meneruskan upaya ayah dan nenek moyangnya terdahulu, Sultan Muhammad II mengkaji dan mempelajari selok-belok Konstantinopel dan menyediakan kelengkapan yang cukup agar nanti tidak gagal rencananya. Baginda turut membuat perdamaian dengan Kaisar selama beberapa tahun.
Gabenor-gabenor di Asia Kecil memberontak dengan diketuai oleh Amir Karmiyan, Ibrahim menuntut hak dengan mengangkat senjata. Sultan menghantar tentera di bawah pimpinan Ishak Pasha, Amirul Umara` di Anatolia untuk menundukkan mereka, kemudian diikuti oleh Sultan. Pemberontakan berjaya ditundukkan.
Baginda mengikat perjanjian damai, tidak serang menyerang dan memulangkan beberapa hak kepada putera-putera, Raja Hungary, Bosnia dan Republik Venetia. Dengan Hunyade, perjanjian tidak serang-menyerang dibuat selama tiga tahun.
Tempoh perjanjian itu diambil kesempatan oleh baginda untuk membina benteng yang tegap dan kukuh di pinggir Bosphorus berdekatan dengan benteng yang dibina oleh datuknya Bayazid. Sultan turut sama turun padang, sama-sama bekerja, membuka baju dan serbannya sehinggakan para ulama` dan pasha terpaksa turut sama bekerja. Bertambahlah semangat tentera Uthmaniyyah ketika itu.
Kaisar menjadi kaget dan cuak melihat situasi itu, sehinggakan orang utusan yang dihantarnya tidak lagi meminta belanja untuk pak cik Sultan Muhammad II, tetapi untuk memohon pembinaan tersebut dihentikan. Maka Sultan menjawab bahawa benteng tersebut tidak dibina untuk menyerang Constantinople tetapi untuk menjaga daulahnya sendiri dan memelihara kekuasaannya di Eropah Timur dan Asia Kecil.
Sultan Muhammad II turut mengatakan kepada utusan tersebut bahawasanya dia bukan seperti nenek moyangnya, kerja yang telah dia mulai, tiada seorangpun yang bisa membantah. Dan Kaisar tidak perlu menghantar lagi utusannya, seandainya dihantar lagi, maka kepalanya sahaja yang akan dikirimkan kembali.
Dalam tiga bulan sahaja benteng tersebut siap dibina, dengan nama Rumli Hisar (Benteng Rumawi) membuatkan namanya begitu gerun dan dahsyat didengari.
Bagi melancarkan perjalanan pembukaan Kota Constantinople, baginda mengutus salah seorang Ketua perangnya, Tarkhan Pasha menemui penguasa negeri Mora iaitu Thomas, dan Demitrius yang merupakan adik kandung Kaisar memberitahu tentang penaklukan tersebut dan memberi nasihat kepada mereka berdua supaya berdiam sahaja dan tidak membantu.
Kaisar pernah memujuk Sultan Muhammad II semasa musim dingin untuk menarik niatnya, namun dijawab kembali, “Kalau Kaisar tidak mahu berperang, serahkan sahajalah Kota Constantinople dengan baik!” baginda turut berjanji untuk setiap penduduk berasa aman, tiada yang akan diganggu, tiada harta yang akan dirampas, siapa yang ingin meninggalkan kota tersebut tidak akan dihalang. Kaisar pastilah tidak sanggup menerima tawaran itu, bahkan semakin kecut hati baginda akan kemaraan Daulah Uthmaniyyah yang tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Kaisar mencuba untuk menyogok menteri-menteri sultan untuk mengalihkan perhatian baginda, namun tetap tidak berjaya. Dia juga meminta bantuan Eropah, baik Timur mahupun Barat, namun Sultan telah membuat perjanjian damai dengan Eropah Timur dan Eropah Barat tiada yang mahu membantu di saat-saat ini melainkan Genua yang mengirimkan armada laut yang tidak berapa besar di bawah pimpinan Justinian.
Ketika kota itu sedang hebat dikepung, di dalamnya perdebatan antara Katolik dan Ortodok sangat aktif berlangsung, dan mereka saling bertelingkah dan berpecah-pecah, sehingga menjadi salah satu faktor utama kegagalan pertahanan kota tersebut. Ada yang mahu bersatu dengan Rom Katolik, ada pula yang tidak.
Sembilan bulan kota tersebut dikepung, akhirnya penantian itu akan mencapai pengakhirannya. Serangan dimulakan, namun kapal-kapal perang Turki tidak mampu bergerak kerana rantai-rantai yang memagari selat Bosphorus yang sempit itu. Tetapi sultan tidak mudah melatah, dia mendapat idea.
Di malam harinya, 70 buah kapal dipindahkan melalui daratan sejauh tiga batu, dengan ditolak atas batang-batang kayu yang dilicinkan dengan minyak sehingga mudah dipindahkan. Esok paginya, penduduk Constantinople menjadi terkejut melihat kapal-kapal perang Daulah Uthmaniyyah telah melepasi rantai-rantai tersebut.
Bermulalah serangan besar-besaran dan serangan tersebut diperhebat lagi dengan bantuan Urban, seorang pembuat meriam dari Yunani sehinggakan bangunan tersebut banyak rosak akibat serangan meriam tadi. Tentera Islam dapat memasuki juga kota tersebut meskipun dilindung dan dipertahan hebat oleh penduduk Constantinople.
Justinian lari dan Kaisar mati dalam peperangan tersebut. Maka berakhirlah generasi Kaisar Byzantium, tiadalah lagi selepasnya. Dan jatuhlah Constantinople ke tangan umat Islam.
Menjelang waktu zohor, sultan memasuki kota tersebut sambil menunggang Jambulat, kuda baginda. Dengan diiringi pekikan takbir. Tiba di hadapan gereja Aya Sophia, baginda sujud ke bumi mengucapkan syukur kepada Allah dan diambilnya segenggam tanah dan ditabur di atas kepalanya sendiri sebagai tanda kerendahan di hadapan Allah meskipun dia telah berjaya membuka kota tersebut.
Baginda menukar beberapa gereja menjadi masjid, seperti Masjid Aya Sophia, dan lain-lain. Beberapa orang pendeta Nasrani memeluk Islam menyaksikan akhlak baginda menegakkan keadilan, terutama ketika baginda menghukum tentera Islam yang berbuat bising di dalam gereja, mengganggu pendeta Nasrani.
Ketika memasuki Istana Kaisar, baginda bersyair; “Labah-labah telah membina sarangnya dalam istana maharaja, dan burung hantu telah bernyanyi dengan lagu dukacita.
Baginda juga memberi layanan yang baik kepada Uskup dan membantu mereka untuk melantik seorang Patrick, serta membiayai segala perbelanjaan untuk perlantikan tersebut. Seterusnya mengharapkan agar Uskup-Uskup serta Patrick tadi untuk bersungguh-sungguh melaksanakan agama mereka dan membersihkan perselisihan antara mereka. Patrick tadi berasa amat terharu dan mengatakan kepada dirinya Kaisar-Kaisar kami sendiri tidak pernah melayani kami sebegini.
Maka jadilah Patrick tadi seperti mana terjadi di negara kita sekarang, bahawa dia menjaga adat-istiadat dan hal ehwal orang-orang Nasrani, namun lebih baik lagi, dia setaraf pula dengan menteri-menteri Daulah Uthmaniyyah serta mendapat lindungan Sultan.
Baginda memindahkan ibukota khalifah ke Constantinople.
1458-1460 baginda menundukkan Serbia sehingga ia menjadi tanah takluk Daulah Uthmaniyyah. 1456 membuka Athen, 1460 Mora, kemudian negeri-negeri di Asia Kecil yang belum tunduk seperti Trabzon, 1464 Bosnia ditundukkan dan dibawa ke dalam Daulah Uthmaniyyah, berserta itu, Pantai Krimia juga jatuh ke tangan Daulah Uthmaniyyah. 1477 pulau-pulau Venetia, diikuti Croatia dan Sekudra. 1480, pulau-pulau di hadapan pantai Yunani dan Itali dan akhir sekali baginda menundukkan Toronto, Itali.
Begitulah perjalanan secara ringkas, Perkembangan dan jatuh bangun Daulah Uthmaniyyah sehingga membawa kepada pembukaan Constantinople seperti yang disebut dalam hadith nabi SAW ketika mana baginda memukul batu untuk dipecahkan sedang menggali parit untuk perang Khandak.
Perluasan wilayah tidak dibuat melainkan ia perlu diniatkan hanya kerana Allah, dan ketika mana disedari akan hakikat diri hanyalah hamba, maka Allah akan permudahkan sesuatu urusan itu. Namun, seandainya tertipu, maka janji Allah itu pasti, bahawa sesuatu yang naik pasti akan turun kembali, mengikut sunnahnya. Dan tidaklah ianya mustahil untuk bangkit kembali, seperti yang telah kita telahi dalam sirah Muhammad I bagaimana baginda menyusun dengan sabar dan tekunnya kembali Daulah Uthmaniyyah sehinggalah keturunannya membuka Konstantinopel.
Begitu juga suatu hal yang perlu difahami bahawasanya, menghidupkan Islam itu tidak bererti meninggalkan urusan dunia. Begitu pula dalam kita bertajarrud dan zuhud dari dunia, perlulah difahami dengan sebenar-benarnya, agar kita tidak terpesong. Dalam melakukan pengibadatan kepada Allah SWT, tidak sehingga kita melupakan hak dan tanggungjawab kita di dunia. Akhlak Sultan Murad II amat bagus untuk diteladani.
Dipetik dan disunting daripada Sejarah Umat Islam oleh Prof. Dr. HAMKA.
klik di sini untuk muat turun tulisan lengkap Mukhtasar Daulah Uthmaniyyah bi Fathil Qunstantiniyyah.
Subscribe to:
Posts (Atom)